Thursday, April 29, 2010

Buku lali sakit

Mengurut tidak digalakkan kerana menambah kecederaan

KECEDERAAN pada buku lali biasanya dilihat bukanlah sesuatu yang serius. Apabila buku lali terseliuh, selalunya rawatan terbaik ialah dengan mengurut. Sebenarnya, mengurut akan menyebabkan buku lali bertambah cedera. Kecederaan buku lali selalunya berlaku akibat bersukan, jatuh atau terpelecuk akibat menggunakan kasut bertumit tinggi. Kekerapan buku lali terseliuh sebenarnya menandakan buku lali anda sudah teruk tercedera. Pada tahap ini, anda sebenarnya memerlukan pembedahan buku lali dan bukan lagi berurut, kata Pakar Runding Ortopedik dan Perubatan Sukan, Hospital Pakar Shah Alam, Dr Ariff Sukimin Mohd Shukri.

Katanya, buku lali terseliuh apabila satu atau lebih ligamen tercedera. Ini kerana ligamen membantu mengikat tulang-tulang dan menstabilkan had pergerakan.

“Bukan semua kes buku lali terseliuh itu sama. Tahap keseriusannya bergantung pada ligamen yang tercedera, sama ada terkoyak separuh atau semuanya terkoyak. Jumlah ligamen yang terjejas juga mempengaruhi tahap kecederaan,” katanya.

Dr Ariff berkata, walaupun banyak sebab memungkinkan buku lali tercedera, tetapi ada juga individu dilahirkan dengan buku lali yang lemah.
Selain itu, katanya, jika seseorang itu pernah berhadapan dengan kecederaan buku lali sebelum ini, ia akan menyebabkan buku lali lemah.

“Tahap seriusnya kecederaan pada buku lali bergantung pada berapa teruknya ligamen terjejas. Kecederaan yang sedikit tidak menyebabkan rasa sakit atau bengkak. Ligamen juga mungkin tercalar,” katanya.

Namun, jika kecederaan teruk, misalnya satu atau lebih ligamen terputus, sendi mungkin bengkak dan anda berasa sakit.

Kecederaan buku lali tidak memerlukan pembedahan. Doktor biasanya memberi rawatan bukan pembedahan terlebih dulu dan ubat-ubatan. Pembedahan hanya disarankan jika kecederaan tidak pulih dan buku lali masih tidak stabil, sekali gus sukar untuk berjalan.

Mengenali simptom kecederaan buku lali

•Sakit
•Bengkak
•Lebam
•Susah berjalan

•Sendi buku lali kejang

Punca buku lali cedera
•Terjatuh
•Terseliuh atau terpelecuk.
•Aktiviti sukan
•Berkasut tumit tinggi
•Berjalan atau berlari pada permukaan tidak rata.

INFO: Tahap Kecederaan Buku Lali

Tahap Satu
•Sedikit regangan atau koyakan kecil pada ligamen lateral buku lali
•Sendi tidak stabil sedikit atau mungkin tiada langsung
•Rasa kurang sakit
•Bengkak sedikit di sekitar tulang atau kawasan luar buku lali
•Sendi berasa tegang atau sukar berjalan dan berlari

Tahap Dua
•Koyakan tahap sederhana pada fiber ligamen
•Sendi kurang stabil
•Rasa sakit sederhana atau mungkin sukar berjalan
•Bengkak dan rasa tegang di sendi buku lali
•Lebam

Tahap Tiga
•Ligamen koyak teruk
•Sendi buku lali langsung tidak stabil
•Rasa sakit sekejap-sekejap
•Bengkak yang teruk
•Lebam yang berlarutan.

Sumber : Berita Harian

minggu rehat

Minggu ni DF Dancers rehat seminggu..hehehe..cuti..next show 25/5 kalau x silap..so dalam minggu depan diorang akan start training balik..

sabtu ni ada plan nak gi camping kat bagan lalang..aku sabtu ni ada game ping pong sukan spp..abis game br aku pi..

mlm tadi aku gi kluaq beli barang umah..susu damia..ada la skit2 beli...beli walkie talkie..tp td aku test satu x mau on..sama ada bateri atau charger..

kelmarin plak..aku anak beranak, dgn cik ana anak beranak..kitaorang gi mkn nasi ayam penyet..kat area2 gombak gak..boleh tahan..sedap..

Burpp..Alhamdulillah..

Tuesday, April 27, 2010

Minggu sebok...

Hahaha..sori..byk ari x update..

Hari Ahad baru nih..DF Dancers ada show kat umah kenduri kat area gombak setia...Alhamdulillah, semua berjalan lancar..pakai baju baru kali ni..next show kalau x silap bulan 5 ni kat janda baik..

Aku plak bawak mak aku pi umah kawan dia masa abah aku keja tudm dulu nih..kat ampang tambahan..nasib senang nak cari..siap makan nasi kat sana..balik umah, semua dancers dah abih show..tgh tgk2 gambaq..aku plak terus tidoq dgn anak aku..ngantuk giler..

petang tu anak beranak denan pakat pi tasik titiwangsa..makan cendol..pergh..pastu bawak bebudak pi men playground..kami yg last mkn cendol..lepas kami terus abis cendol dgn rojak sekali..setel..




mlm aku antaq mak dgn adik aku pi kl sentral..depa dah nak balik kedah..nek ketapi..nasib ketapi x lambat sgt..delay dalam 20 minit ja..

minggu ni x tau lg apa plan aktiviti..cuma mlm td aku pi men boling dgn abini aku...still x leh pecah rekod sendiri..aduh...

Sunday, April 25, 2010

Teka-teki

Dalam setahun, dari Januari hingga Disember, bulan berapa yang orang perempuan kurang bercakap?

Hari minggu...

Wahahahai..

minggu ni omak den dgn adik den mai KL..mak dok umah mak cik kiah sat..pastu aku bawak adik aku 2 org nih pi sunway lagoon..saja bawak depa merasa...dari tgh hari sampai ptg..








bini aku dgn beberapa anak cucu denan kluar pegi beli hadiah untuk besday Aim..plan nak buat petang..pastu cancel..buat mlm plak...

mlm buat beday aku x dak..pi antq adik aku pu hentian kajang..dia nak p kelantan..pastu singgah terus umah mak cik kiah, amik mak mai umah aku..depa siap masak ketam..aku kalau ratah ketam, nah hai..mmg A arr..Para dancers plak pi buat stage testing kat tempat nak buat show..baju semua mak yong dah siapkan...

nnt aku update gambaq apa yg ada..

Wednesday, April 21, 2010

Teka-teki ari nih..

Kenapa biri-biri putih lebih banyak makan dari biri-biri hitam?

Monday, April 19, 2010

wah..da ada blog plak anak denan nie...hehehe..credit to my hubby coz dia pnye idea la nie...Ok...mgg ni punya aktiviti pack gak la sbb ada show zapin ahad nie..so kena la training tiap2 hari...hehe..mgg ni x dapat la bapak2 budak nak men futsal ye...mgg depan la jawabnye..Tp jgn lupa ya Jumaat ni ada mengaji ye...(blaja Tajwid)
Nak update apa ek ~
Makyong- cambiasa weekday bz ngan bisnes ns lemak ngan jadi baby sitter si Damia tue...
MakG-weekday hari2 siang ikan kat kedai,malam plak g ngaji...isk isk isk...bini sapa la nie..hehe
Cikana~eleh..Opis Shah Alam pon x rasa jauh la...mntg2 la drive Rush baru..opss! tepuaka plak
Pakmie~sibuk ngan bisnes potrait RM 29.90 dia tu..cesst..da la x de diskaun (aku x byr lg) heh
Pakteh~baru pas abis opis buat Dinner zaman 60-an..beriya2 jahit baju sendiri..menang ke x ???
Kakak Piya~da balik PUO..hahaha x dpt menari zapin
Damia~ mlm td mengingau sebut Sasuke !! Sasuke !! nak ambik penangan naruto....!!
Kakak Mira~baru pas jatuh moto??? hmmmm..muka selambe je bdk sorang nih !!!
Kakak Ilal~ Pg tadi salah gosok baju??? Baju Dya mana nak muat..Cam nangka busuk la jwbnye..walawey...hehehe..jgn mara Kakak Ilal....

ok..tu je la kot uat ms nie..next time update lgi..

Isu semasa : Kes Pembuangan Bayi

Melampau!!!

Golongan yang melakukan perbuatan terkutuk ini sememangnya amat melampau. Sudah melakukan satu kesilapan, ditambah denagn satu kesilapan yang lain dan seterusnya diulangi lagi. Kerana menurut nafsu syaitan, mereka membuat zina, perkara terkutuk, terlanjur..tanpa memikirkan masa depan dan malu..malu pada diri sendiri, pada keluarga, dan yang paling penting dan besar adalah malu pada Pencipta, Allah SWT...

Apabila benih telah disenyawakan, si comel telah terbentuk fizikalnya, perut yang semakin membesar tidak dapat disembunyikan..masa itulah mereka berasa malu pada orang ramai, malu pada keluarga, tetapi mereka tidak pada malu pada Allah SWT...lalu mereka memikirkan cara untuk mengelak dari malu yang lebih besar, melahirkan anak luar nikah..mereka gugurkan janin tersebut..ada yang tunggu sehingga melahirkan bayi itu dan seterusnya dibalut dengan kain lampin, kain batik dan ada juga kertas surat khabar..bungkusan itu dibuang di dalam semak, di dalam longkang, di dalam tong sampah, di dalam sungai, ada yang ditanam..jika bernasib baik, ahli baru dalam dunia itu dijumpai oleh insan mulia dalam keadaan yang masih bernyawa..diselamatkan dan dijaga oleh keluarga angkat..

Jika tidak, bayi itu akan dihurungi semut, digonggong anjing, dibiar berulat...apalah dosa mereka...tidak sempat melihat langit biru, tidak sempat merasai kemajuan negara, tidak sempat mengecapi apa itu erti pendidikan...yang bagusnya adalah, mereka tidak perlu dihisab lagi..yang perlu risau adalah ibubapa kandung mereka...haiwan yang dikategorikan sebagai Najis Mukhalazzah pun tidak tergamak berbuat begitu...Jika ada pun, siapa hairan, itu haiwan..

Mereka yang melakukan perbuatan dosa besar ini kita tidak layak samakan mereka dengan haiwan kerana haiwan lebih mulia dari itu...Sesungguhnya mereka ini adalah golongan JAHILLIAH MODEN...

Sama-samalah kita renungkan, fikirkan, usahakan...perkara ini semakin berleluasa..

sarel206

Hari minggu...

semlm pagi, aku dgn bini aku bawak damia dgn anak cik ana pi breakfast..bila tanya, nak makan McD..ok ar..duit yg cik ana bg pun ada lg..tambah arr skit..irfan nak happy meal pastu nak mainan naruto walhal naruto dah habis..tinggal sasuke ja..dah tarik muka..damia plak mcm besa..nak nugget, tapi mkn kulit ja..hahaha..

tgh hari plak..pakat2 pi mandi air terjun kat kemensah ramai2..mak ngah and pak ngah pun join sekali...damia dah reti guna pelampung walaupun ada gak tertelan air..haha..

mlmnya aku dgn bini aku pi amik cik ana kat kl sentral..br sampai dari kuching..mcm2 gak dia beli..kain utk kostum nari diorang..kain telekong..kek sarawak..apa lg ntah..

yg best nya, mlm td masa tidoq..anak aku ngigau..dia ngigau sebut 'fox..fox..sasuke..sasuke..'
hahaha..tudiala..tgk sgt naruto sampai lewat mlm...damia..damia..

Saturday, April 17, 2010

Pegi Sunway Lagoon...

hari ni aku pi sunway lagoon dgn adik aku dgn awek dia dgn member aku sorang..aku masuk free..merasa la men paint ball..flying fox..cool...





bini aku plak..dia dgn anak buah aku yg kecik2..yg besaq pun sama..depa pi tasik titiwangsa..yg besaq menari zapin..yg kecik men playground..



mlm diorang sambung training mcm besa..masa diorang training, ada plak 3-4 orang bebudak baru balik ngaji singgah tgk..last2, diorang sekali join..hahaha..



pastu orang yg nak jemput utk perform kat kenduri dia tuh mai nak bg deposit..cayala..



Pak mi plak pi mancing dgn kawan dia..kat mana ntah..balik terus cari lemon..nak masak terus la tu..emmm..yummy...



kalau ikut, aku nak gi stadium cheras, sokong pasukan kedah lawan kl..tp disebabkan ari ni sehari aku tinggalkan anak bini..x best plak rasa nak tinggal lg..adik aku pi la dgn kwn sorang nih..



ok la..adios..

Friday, April 16, 2010

Kriteria penderma darah

Kriteria Penderma



Penderma darah adalah istimewa. Ini adalah kerana tidak semua orang layak untuk menjadi seorang penderma darah.
Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah. Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:

1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
2. Berumur di antara 18-60 tahun.
- Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga
- Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
3. Berat badan melebihi 45 kg.
4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
5. Tiada masalah kesihatan.
6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan
- Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan
- Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.
7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)
8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
- Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
- Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
- Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
- Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
- Mengambil dadah secara suntikan
- Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.
10.Untuk penderma wanita:
- Tidak mengandung.
- Tidak datang haid.
- Tidak menyusukan anak.
11.Jangan menderma darah jika anda:
- Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
- Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.

Cik Ana Pegi Kuching

Selamat mlm...hari ni kak ipaq aku a.k.a cik ana pegi kuching..bukannya buat pa..pi jumpa laki dia..laki dia keja kat sana..mana thn rindu..hehehe..anak2 dia ada kat umah aku..lg pun cuti kan..

bini dgn anak aku, dgn anak buah aku semua dah pi training menari..chaiyok..chaiyok..td dia dh prepare dinner utk aku..pastu dia pi ar nari..

esok aku plan nak pi sunway lagoon..dgn adik aku kot..aku boleh masuk free..hahaha..sebelum ni aku pi dgn anak aku..km p 2 beranak ja..cool...

arrgghh..kalau ikutkan seok bos aku suruh pi pejabat..aduyai..aku dah berjanji dgn orang..maleh arr nak p..bknnya dekat..cuti plak tu..

ok ahh..adios..

Thursday, April 15, 2010

Abah Izan baru beli CPU

aku baru balik dari pi teman abang ipaq aku a.k.a abah izan, pi beli cpu..yang secondhand jer la..
saja dia ajak aku mintak tolong tgk2 apa yg patut..mcm ok jar...

balik terus test internet dengan sound..pun ok..geng menari sambung training ari ni..ari tu ada sembang, macam nak pi zoo ramai2..ntah la jadi ka dak..

apa lg aku nak update..yg lain sama ja..pak yong dgn mak yong dok sebuk prepare brg nak niaga esok..potong daun pisang nak buat bungkus nasi lemak..

oohhhh...ptg td bini aku masak nasi lauk ikan goreng dgn sambal kerang..yummy...kerang x perisi..sekali dgn sengkerang dia...

ok la..adios..

Wednesday, April 14, 2010

14 April 2010

hari ni aku balik awal..sebab nak singgah kat maju junction, amik tape yang aku hantaq sebab nak convert ke vcd..tu tape yang opis punya sekali dengan tape wedding anak buah aku..

mlm ni plak x dak latihan menari..ada masalah teknikal skit..cuma sembang2 kosong pastu tgk balik gambaq2 lama..pastu pakat2 gelak..hahaha..

ok..gtg..budak kecik ni mintak susu plak..

adios..

Malam 13 april 2010...

macam besa..latihan zapin diteruskan dengan tunjuk ajar dari kakak ipaq aku sendiri... kalau x silap diorang training guna lagu Rus Kalas dengan Zapin Budi...Ni ada gambaq skit masa diorang perform 1st show..



aku plak kluaq main bowling dengan member aku, Faizul... dia payung aku kali ni.. 5 game kami main..pergh..

aku balik ja dari main boling..bini aku report..anak aku main mesin basuh td.. ntah apa dia tekan..mesin tu pusing tanpa ayaq.. kena marah..dah la tu bg tumpah ayaq plak kat tempat tidoq..Damia..Damia..

Tuesday, April 13, 2010

Belajar menari..

La ni, semua kakak2 ipaq aku, anak2 menakan aku, sekali dengan bini aku tengah sebok berlatih menari.. kul 8.30 mlm diorang start la.. Anak dara aku pun sekali menyebok..

25 hb ni ada dapat satu show kena perform.. Umah kenduri jer la.. bagus la sebagai permulaan ni..

Mungkin aku kena jadi cameraman..selalu mcm tu la.. keja aku amik gambaq ja.. video sekali la tuh..

Salam perkenalan...

Assalamualaikum..Salam 1Malaysia..

ni first time kali pertama aku ada blog sendiri & taip dalam blog aku sendiri..

Blur gak nak tulis apa..aduyai..

Kerja pun x pack sgt..br abis baca Mastika, Gempak, Harian Metro..

Tetiba jer aku terasa nak buat blog..hahaha..

satgi aku nak sambung buat video editing plak..nak sambung belajaq pakai apple..

ok la..nnt sambung lg..